Thursday, March 15, 2012 @ 12:20 PM // 0 

►Kerana Kau Mata Hatiku [part 1]
Hari ini aku pulang dari kerja agak awal dari biasa. Memandangkan hari masih awal, aku mengambil kesempatan unttk berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Sekadar melepaskan penat bekerja seharian. Hmm.. sudah lama aku tidak berkesempatan mengambil angin seperti petang ini. Seronok pula rasanya walaupun manusia sentiasa memenuhi segenap ruang disana sini. Sedang aku leka melihat barang-barang yang dijual di sekitar Masjid India, aku terlihat sekumpulan manusia sedang leka berkerumum melihat sesuatu. Pastinya sesuatu yang menarik !
Terdetik juga dihati ini ingin melihat apakah yang melekakan mereka semua sehingga langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Entah mengapa hatiku semakin kuat meronta-ronta ingin melihat apabila orang ramai yang mengerumun itu bertepuk tangan. Seolah-olah mereka sedang melihat ahli silap mata membuat magic. Aku juga pelik dengan perasaanku yang tiba-tiba ini. Mungkin ianya sesuatu yang menarik? Mungkin juga.. siapa tahu.
Ketinggian yang ku miliki langsung tidak membantu ku melihat. Puas ku cuba berasak-asak dengan mereka yang lain. Harapannya dapatlah ku kehadapan bagi melihat dengan jelas lagi 'panorama' didepan sana. Namun, hanya bau-bauan yang tidak tertahan menghidangi hidungku ini. Masam...Masin...Manis...sume ada !
Tidak mahu mengalah, aku bergerak ke sebelah kanan pula. Ya ! Dari sini aku nyata boleh melihat dengan jelas. Namun apa yang terpampang dihadapanku hanyalah perkara biasa... seorang pelukis jalanan yang sedang tekun melukis potret seorang wanita. Dikelilingnya juga penuh dgn lukisan potret pelbagai wajah.
Memang tak disangkal, lukisan-lukisannya semua tampak hidup. Cantik ! Tapi, apa yang dipelikkan ? Di sekitar bandar raya ini juga setahu ku terdapat ramai lagi pelukis jalanan. Namun, tidaklah terlalu mendapat perhatian seperti pemuda ini.
Apa istimewa lelaki ini ?? Adakah wajahnya kacak sehingga meraih perhatian ?? Tapi serasaku tidak logik pula. Kalau benar pun pemuda ini terlalu kacak, pastinya dia hanya mendapat perhatian gadis2 saja. Namun kini bukan saja para gadis,'mak-mak' dan 'bapa-bapa' juga turut setia melihat.
Takkan orang KL tak pernah tgk org melukis potret ?? Ada baca ayat 'guna2' ke ?? Alamak... terlebih sudaaa ! Hehhe. Aku cuba mengintai wajah pemuda itu tapi gagal kerana kedudukannya membelakangi ku. Yang kelihatan hanyalah lukisan potretnya yang hampir sempurna siap.
Selagi aku tidak melihat wajah pemuda itu dan keistimewaannya, hatiku ini tidak akan puas. Mungkin bukan rezeki ku hari ini. Esok aku akan datang lagi...
#$%^&*(@?>!
"Lewat ko balik Wan?"Hadiyang melihat sahabatnya itu terkial-kial membawa perkakas lukisan ditangan turun membantu.
"Hmm..ramai sgt pelanggan tadi. Tak menang tgn aku..." Ikhwan menghela nafas. Penat siang tadi masih belum hilang.
"Yeke? Alhamdulillah.. murah rezeki ko,Wan." Hisyamyang sedang leka menonton drama Vanila Coklat, menyampuk.
"Alhamdulillah.Aku un x sangka di bandar besar cam ni masih ada rezeki menanti untuk org mcm aku ni." Wajah Ikhwanberubah mendung.
Melihat akan perubahan di wajah sahabat mereka itu, Hadi dan Hisyam mendekati. Mereka tahu apa yang difikirkan Ikhwan itu.
"Wan, dahlah tu. Sebagai hamba Allah, kau kena redha dengan Qada' dan Qadar Nya." Hadi menepuk-nepuk bahu sasa sahabatnya sebagai tanda semangat. Hisyam disebelah mengangguk tanda mengiyakan.
Ikhwan senyum. Dia tahu Hadi dan Hisyam merupakan sahabat yang baik.. di masa senang mahupun susah. Dia berasa sungguh bertuah dapat memiliki sahabat sebaik mereka.
"Aku tahu. TemQ Hadi... Syam." Ikhwan bangkit. Berlalu ke bilik. Badan harus dibersihkan dan diri ini pula memerlukan rehat secukupnya kerana esok masih banyak tugas yang menanti.

bersambung....