Smile :) Why ? Cause U can.
Follow Dashboard
diaries tagboard affiliates credits
Friday, March 16, 2012 @ 3:22 AM // 0
►Kerana Kau Mata Hatiku[part 2]
Masjid India, 10 pagi...
Sengaja aku datang ke sini lebih awal hari ini. Niatku bukan untuk membeli-belah tetapi memburui agenda yang tidak kesampaian semalam. Dari jauh sudah kelihatanorg ramai sudah berpusu-pusu mengelilingi pelukis jalanan itu. Hmm ! Nampaknya ada lagi yang lebih awal dari aku. Cuma tidak seramai semalam. Mungkin hari masih awal. Naluri ku kuat mengatakan lelaki ini pasti ada yg 'istimewa' tentangnya kerana semalam dia turut hadir dalam mimpiku. Walaupun begitu, wajahnya tidak jelas kelihatan. Sesungguhnya, kehadirannya mengundang misteri kepadaku. Siapa dia ??

Masjid India, 10 malam...
Jam sudah menjengah ke angka 10 malam. Aku masih disini. Setia menanti si dia. Hanya memerhati dari jauh. Tidak pernah ku membuat kerja se'gila' ini ! Untuk mendekatinya terus terasa tidak sesuai kerana dia begitu sibuk melayan 'pelanggan-pelanggannya.' Oleh itu, aku membuat keputusan menantinya sehingga dia selesai melakukan 'tugasnya' untuk malam itu.Sewaktu dia sedang leka mengemas perkakas lukisannya, aku terus menjalankan misi ku yg tertangguh kelmarin.

"Encik, boleh tolong lukiskan potret saya??" Aku pura-pura bertanya. Sengaja ingin mengumpannya bersembang dgnku.
"Maaf cik. Saya dah nak balik ni. Hari pun dah lewat. Cik datang esok saja ye." Dia tidak memandangku. tangannya tangkas mengemas tanpa mempedulikan kehadiranku. Ape.. tak cantik ke aku ni ??!

Dalam samar-samar cahaya itu aku dapat melihat wajahnya dengan jelas. Kacak ! Matanya... Keningnya... Hidungnya... mulutnya... semuanya cantik terbentuk. Aku bagaikan berada dalam duniaku sendiri. Terasa seperti jatuh cinta pandang pertama. Tetapi mengapa dia tidak memandangku ? Seakan tersedar dari mimpi yang panjang , aku kembali ke alam nyata.

"Encik, tolonglah. Satu potret je." Aku merayu lagi. Dengan harapan dapat mengenalnya dengan lebih dekat. Panas hatiku ini apabila rayuanku sedikit pun tidak diendahkannya. Sudahlah aku menantinya dari pagi sehingga malam menjelma, boleh pula dia buat x tahu ! tanpa aku sedar, aku merampas semua berus lukisan yang entah berapa batang ditangannya dgn kasar. Ke semua berus lukisan itu bertaburan jatuh ke tanah. Aku tergamam sendiri dgn sikapku yg tiba-tiba itu. Namun, dia dgn selamba tunduk mengutip berus-berus itu tanpa memarahiku langsung. Terdetik rasa bersalah dihati tapi...

Aku terperanjat apabila tgnnya meraba-raba mencari dan mengutip berus2 yg jatuh td. Aksinya seolah-olah dia tidak nmpak di mana kedudukan berus lukisan tersebut. Aku terpaku memandangnya. Mungkin terasa diri diperhatikan, dia menghentikan perbuatannya.

"Kenapa? Terkejut? Tak sangka?" Bertubi-tubi soalan dia ajukan padaku. 
"Err...awak..." Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku...
"Ya ! Saya buta. Puas?" Aku terperanjat dgn kenyataan yg diberikan.
"Tapi..." Aku x mampu meneruskan kata2 seterusnya.
"Kuasa Allah. Segala yg diberikan adalah kurniaanNya yg x ternilai..." Dgn perlahan dia mengungkapkan kata2 itu yg menusuk ke jantung hatiku.

Barulah kini ku tahu mengapa dia mendapat perhatian ramai. Dia melukis dgn mata hati. Walaupun buta, tapi setiap lukisannya seolah-olah dia nampak apa yg dilukis. Dlm diam, aku mengagumi dirinya.


2 tahun kemudian...

"Ikhwan... Alia nak tanya ckit bleh?" Aku memberanikan diri bertanya.
"Hahhaha...sejak bila pula klau Alia nak tanya Ikhwan kenakan cukai? Tak ada kan? Tanya aje lah..." Dia ketawa. Seakan-akan satu jenaka pula padanya.
"Emm...klau Wan dapat melihat semula, Wan nak kahwin dgn Alia x??" Aku memandang tepat ke matanya. Matanya celik, namun siapa sangka pemuda kacak ini x cukup satu pancaindera yg x ternilai harganya..
Kali ini ketawanya semakin galak. Aku hanya membatukan diri.
"Wan, Alia x main2.." Tanpa dipaksa, air mataku menitis. Dia bungkam.
"Alia, Alia sndiri tahu Wan ni mcm mana. Wan x sesempurna org lain. Wan x layak bergandingan dgn Alia. Wan buuu..." cepat2 aku meletakkan jari telunjuk ke mulutnya.

Sesungguhnya, aku tidak mahu perkataan akhir itu keluar dari mulutnya. Aku ikhlas menyayanginya. Dan aku yakin dialah jodoh yg telah tersurat oleh Allah kepadaku.

"Hmm..." Ikhwan mengeluh panjang. "Alia, seandainya Allah takdirkan Wan dapat melihat semula, Wan janji Wan akan kahwin dgn Alia. Ini janji Wan!" Ayat terakhirnya benar2 membuat hatiku berlagu riang.

Aku akan nantikan saat itu...
◄ New storyOlder story ►
© All Rights Reserved 2011