
Thursday, March 29, 2012 @ 7:30 AM // 0 

►Kerana Kau Mata Hatiku[last part]
Suatu pagi...
"Hello, Suri." Awal pagi itu aku mendapat panggilan dr Ikhwan.
"Wan, knape ni tiba2 aje call ?" Biasanya dia tidak akan menelefonku seawal hari ini.
"Good news ! tak lama lagi Wan akan dapat melihat semula..." suaranya kedengaran begitu ceria.
"Btol ke ni ?" aku sungguh gembira dgn berita yg disampaikan Ikhwan. Dalam hati, aku mengucap syukur kehadratNya.
"Btol ke ni ?" aku sungguh gembira dgn berita yg disampaikan Ikhwan. Dalam hati, aku mengucap syukur kehadratNya.
"Iye sayang. Minggu dpn operation." Dari suaranya, aku tahu dia sudah tidak sabar lagi melihat dunianya kembali.
Sebulan kemudian...
"Suri ! knape Suri cuba jauhkan diri dr Wan ?" walaupun hanya berbual melalui telefon, suaranya jelas kedengaran tegang. Ya ! selepas Wan mendapat 'mata barunya', aku sudah tidak menghubunginya lagi mahupun berjumpa. Kali terakhir aku berjumpanya sehari sebelum dia diusung ke bilik pembedahan. Sengaja ingin menatap wajah Ikhwan sepuas-puasnya.
"Suri...cakaplah. kenapa diam ? Suri x suka Wan dapat melihat semula ?" Aku diam. Tiada kata yg mampu ku ungkapkan.
"Suri.. kalau Wan tahu akan jadi begini, Wan sanggup utk x melihat selama-lamanya asalkan Suri x jauhkan diri dr Wan." Nada suara Ikhwan berubah kecewa.
Dihujung talian, hanya esak tangisku saja yg kedengaran. Bukan aku tidak mahu bertemu Ikhwan tapi ada rahsia yg harus ku sembunyikan dr pengetahuannya.
***************
Aku setia menanti Ikhwan di tempat dimana dia pernah melukis dulu, Di sini jugalah tempat pertemuan pertama kami dulu. Sengaja aku datang lebih awal sebelumnya. Apakah reaksinya nanti apabila melihatku ?
Ikhwan sampai tepat pd masanya. Sewaktu dia sampai ditempat yang dijanjikan bersama aku, kelihatan seorang gadis buta turut berada di situ. Dia berasa serba salah samada mahu terus ke sana atau menati saja aku ditempatnya berdiri. Jantung aku pula tiba2 saja berdegup kencang. Aku dapat merasakan seperti Ikhwan sudah berada dekat dgn diri ini. Entah mengapa, tiba2 saja kaki Ikhwan laju saja melangkah ke arah gadis buta itu berada. Seolah-olah gadis itu menggamit Ikhwan datang kepadanya.
Dengan ringan mulut, Ikhwan menegur "Err...maafkan saya cik. Cik dah lama ke duduk dekat sini ?" Sekilas dia memandang wajah gadis buta itu. Cantik ! Sudah lama dia tidak melihat keindahan ciptaan Ilahi.
"Ikhwan ??? Awak Ikhwan kan ??" Ikhwan terkejut kerana gadis buta itu tahu namanya.
"Ya..saya Ikhwan tapi macam mana..." belum sempat Ikhwan menghabiskan kata-katanya, gadis buta itu bersuara lagi.
"sebab saya Su..Suri..." menggeletar aku menyebut namaku sendiri.
Adakah lelaki dihapanku ini terkejut apabila mengetahui gadis buta yg dilihatnya itu adalah aku ? Bagaimana reaksinya ? Sayangnya aku tidak mampu melihat.
"Suri?? Betul ke awak ni Suri ??Ikhwan tahu Suri dulu x macam ni kan ?" Agakan aku tepat sekali. Ikhwan benar2 terkejut. Yang bermain-main di hatiku kini sanggupkah dia menerima aku seperti dulu ? Sanggupkah dia menunaikan janjinya dulu padaku ? Aku pasrah seandainya dia tidak mampu menerima aku seperti dulu. Aku terima takdirNya andai dia bukan utkku lagi.
"Ya Allah... Suri, knape Suri sanggup buat ini semua ? knape Suri ?..."Ikhwan memegang bahuku dgn kedua belah tgnnya. Kuat !
"Sebab Suri sayangkan Ikhwan. Suri nak Wan tahu Suri sanggup berkorban apa saja demi cinta kita ini. Dan paling penting, Suri nak tgok Wan melihat semula. Walaupun Suri x dapat melihatnya tapi Suri gembira." Aku senyum.
"Suri nak tgok Wan melihat semula tapi Suri..." Suara Ikhwan kedengaran sedih. Benar2 menyentuh naluri wanitaku ini. Aku terdengar satu esakan kecil dekat telingaku.
Tanganku meraba-raba wajah kacak yg menghuni hatiku ini. Wajahnya basah. Ya ! Ikhwan menangis. Aku seperti tidak percaya air mata lelaki ini tumpah jua akhirnya. Tidak semena-mena, air mataku mengalir. Bukan kerana menyesal mendermakan mata milikku kepada putera hatiku ini, tapi hatiku benar2 terkilan kerana telah menyebabkan air mata lelakinya tumpah.
"Suri, Suri tahu x pancaindera yg satu ini penting sgt ? Suri tahu x betapa besarnya pengorbanan yg Suri dah buat ni ?" Ikhwan menyeka air mataku. Mata2 yg melihat langsung tidak dipedulikan.
"Suri x perlukan lagi..."pendek aku menjawab.
"Tapi kenapa ??" suara Ikhwan kedengaran terkejut.
"sebab..Ikhwan mata hati Suri. Suri boleh melihat dan merasa melaluinya" Aku senyum lagi.
Perlahan-lahan aku merasakan pegangan tgn Ikhwan semakin kejap pada tgnku. Terasa diri ini teramat dekat dgn dirinya.
"Suri..." Ikhwan memalingkan tubuhku menghadapnya.
"Sudikah Suri menjadi permaisuri hidup Wan ? bukan untuk seketika, tapi untuk selamanya..."
kata2nya lembut menusuk terus ke jantungku.
Aku tersenyum dan mengangguk setuju. Itulah satu2nya ayat keramat yg aku tunggu2 selama ini. Terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dgn lelaki ini. Aku yakin dialah jodohku kerana Kaulah Mata Hatiku. Selama-lamanya....
THE END...